Kini Giliran Sektor Perkilangan Amerika Syarikat Pula Mencatatkan Kelembapan

330

Matawang Yen menguat sedikit berbanding matawang Dollar pada hari ini berikutan sentimen pasaran global dalam keadaan lemah dan menjadi kebimbangan para pelabur akibat kesan daripada kelembapan secara mendadak pada pembukaan awal sesi dagangan.

Aktiviti-aktiviti perkilangan di Amerika Syarikat dalam keadaan kurang baik serta hubungan perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat dan China yang masih lagi buntu menemui jalan penyelesaian telah meningkatkan jangkaan para pelabur bahawa Federal Reserve tidak akan menaikan kadarnya pada tahun 2019 dan mungkin akan memotong kadar faedahnya pada tahun 2020.

Dalam perkembangan pasaran komoditi pula, harga minyak mentah menyusut pada permulaan Jumaat selepas giliran Amerika Syarikat pula mencatatkan kemerosotan dalam aktiviti pembuatan, sama seperti negara-negara utama yang lain. Walaupun terdapat pemotongan bekalan minyak oleh ahli-ahli OPEC, namun hal ini tidak menghalang penurunan harga minyak setakat ini.

Kesepakatan antara OPEC, Rusia dan ahli-ahli yang berkaitan telah bersetuju pada bulan Disember lalu bagi mengurangkan bekalan minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari pada 2019 berbanding paras Oktober 2018. Kesan pengurangan bekalan ini boleh menyebabkan harga Brent berada pada harga $ 55-$ 60 setong bagi bulan pertama 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat