Kolaborasi Dengan Real Madrid! Adakah Kripto ‘Anjing’ Ini Bakal Bersinar?

493

“Hmmm pelabur rasa memecoin ni boleh tewaskan yang lain tak?”

Memecoin Floki mengumumkan kerjasama pemasaran strategik bersama kelab bola sepak terkenal Sepanyol iaitu Real Madrid yang mempunyai latar belakang rekod kejayaan yang begitu menakjubkan sehingga diminati di seluruh pelosok dunia.

Perjanjian antara Floki dan bekas kelab bintang Cristiano Ronaldo tersebut adalah bertujuan untuk memfokuskan penjenamaan dan pemesejan memecoin yang dapat disalurkan kepada khalayak di rantau Asia Pasifik (APAC).

Harga Floki dijangka akan meningkat lebih tinggi susulan Real Madrid bukan sahaja mempunyai sokongan besar di seluruh dunia malah penonton dari negara Asia semakin meningkat, dan setakat ini harga memecoin itu telah berlegar pada $0.00004882.

Meskipun begitu, kerjasama mereka hanya untuk jangka pendek, di mana Floki akan dipaparkan di papan perimeter maya untuk baki 15 perlawanan dalam musim La Liga yang terakhir.

Namun, pasukan Floki sungguh yakin mereka dapat memperkenalkan kripto kepada ratusan juta peminat Real Madrid di rantau APAC melalui kempen tersebut.

Umum mengetahui semasa perlawanan Real Madrid, Floki akan dipaparkan untuk penonton dari China, India, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Australia, Singapura dan Jepun sebagai sebahagian daripada usahanya untuk sasarkan jumlah penonton sebanyak 275 juta.

Suka dimaklumkan bahawa pasaran kripto yang semakin berminat untuk bekerjasama dengan kelab bola sepak sejak kebelakangan ini telah menyebabkan komuniti kripto percaya harga Floki berpotensi melonjak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat