Komuniti Kripto Semakin Risau! Kemanakah Hala Tuju BTC?

1,807

Pasaran kripto secara berterusan mengalami kejatuhan dengan nilai pasaran kripto merosot 4.10% dan jatuh dibawah $ 1.4 trilion sekali lagi. Ketika penulisan harga Bitcoin (BTC) telah jatuh 2.52% dalam tempoh 24 jam kepada paras harga $32,575.77 per Bitcoin dengan modal pasaran $620 bilion.

Dalam masa yang sama Ethereum pula membuat pembetulan harga lebih lanjut dengan kehilangan 7.79% dan merosot di bawah tahap $2,000. Ketika penulisan harga Ethreum didagangkan pada paras harga $1,974.89.

Baru-baru ini Rich Ross, pakar strategi teknikal di Evercore ISI mengatakan bahawa carta menujukkan bahawa BTC semakin lemah dan tidak ada sokongan yang kuat baik dari ‘volume’ atau sentimen. Harus dimaklumi bahawa rintangan pertama adalah pada $36,000 dan sokongan pertama adalah $ 33,000 diikuti $ 30,000 sebagai yang berikutnya. Sekiranya Bitcoin menembusi paras sokongan $ 30,000, kita dapat melihatnya menuju ke paras harga $22,000 atau bahkan lebih bawah.

Disisi yang berbeza, Ross berpendapat Ether kelihatan lebih menyakinkan jika paras harga atas $2,400.Walaupun ETH berusaha untuk melepasi tahap $ 2400 minggu lalu, ia menghadapi penolakan yang kuat, berdasarkan carta mingguan harga ETH telah turun sekitar 15%.

Kebanyakkan para pelabur masih lagi berteka teki tentang hala tuju harga BTC yang seterusnya. Bloomberg menyatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa harga BTC akan meningkat untuk sementara waktu berdasarkan indikasi bollinger band.

Seiring dengan S&P 500, korelasi Bitcoin selama 6 hari dengan harga Spot Gold telah berubah menjadi negatif. Bloomberg menyatakan bahawa ini boleh menjadi tanda positif kerana korelasi yang lebih rendah menjadikan aset lebih diinginkan untuk tujuan yang pelbagai.

Bagi Ethereum pula, ia didagangkan atas purata bergerak 200 hari namun carta 50 DMA menunjukkan bahawa paras $2,300 boleh berfungsi sebagai rintangan yang kuat.

Tamsilnya, kripto masih didagangkan downtrend walaupun terdapat indikasi akan ada lonjakan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat