Konflik Timur Tengah Tiada Penyelesaian, Emas ‘Bullish’!

2,168

Hari ini, harga emas dilihat naik pada sekitar paras $2,040 pada pembukaan sesi awal dagangan tadi.

Dolar AS yang masih stabil di sesi Eropah semalam menyukarkan pergerakan emas untuk terus mencanak di sesi Eropah, namun situasi berubah pada sesi berikutnya menyaksikan lonjakan harga berlaku dari paras $2,025.

Jangkaan yang berterusan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pemotongan kadar pada 2023 terus menyokong harga emas untuk kekal ‘bullish’.

Walau bagaimanapun, ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang semakin meruncing menjadi masalah utama dalam pergerakan pasaran minggu ini. Laut Merah pula menjadi topik hangat dalam pemerhatian para pelabur dan pedagang berikutan laporan berkenaan serangan oleh kumpulan Houthi Yaman.

Secara tidak langsung, ini memberi peluang kepada pasaran emas untuk terus bergerak naik jika persengketaan dan ketegangan di Timur Tengah kekal berterusan.

Selain itu, nilai mata wang dolar AS yang semakin lemah turut memberi kesan pada harga emas. Ucapan pegawai Fed yang sebelum ini bernada ‘dovish’ meningkatkan jangkaan para peserta pasaran berkenaan jumlah pemotongan kadar faedah pada tahun 2024.

Penggubal dasar Barkin menunjukkan reaksi bimbang berkenaan ucapan yang disampaikan oleh The Fed itu, beliau percaya bahawa kadar inflasi akan terus menaik pada masa akan datang.

Manakala, hasil perbendaharaan AS juga turut menunjukkan sentimen positif hari ini bagi hasil 2 dan 10 tahun yang memberi kelebihan pada harga emas.

Pada minggu ini, para trader akan bersedia untuk memerhatikan data penting ekonomi PCE AS pada Jumaat ini. Maklumat ini akan menentukan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini sementara menunggu laporan angka KDNK suku ketiga tahunan.

Selain itu, data ekonomi yang berimpak tinggi seperti tinjauan keyakinan pengguna CB dan sentimen pengguna Michigan turut menjadi perhatian walaupun impaknya tidak ketara. Sebarang anjakan dan perubahan laporan tersebut berkemungkinan dapat diterbalikkan menjelang sesi akhir dagangan.

Keadaan pasaran emas yang ditutup pada minggu lepas telah menunjukkan pergerakan yang tak menentu dan para trader meramalkan akan berlakunya kenaikan harga. Kini, jangkaan itu tepat dan harga terus berlegar-legar di paras $2,040 sebelum dijangka meneruskan pendakian ke paras seterusnya, $2,050.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat