Kripto Adalah Masa Depan Wang, Fiat Pula Palsu! – Robert Kiyosaki

675

“Kiyosaki memang tak kisah kena kecam atau tidak, beliau akan lantang je menyuarakan pendapatnya.”

Pengarang terkenal ‘Rich Dad Poor Dad’, Robert Kiyosaki sekali lagi menegaskan bahawa mata wang fiat sedang menuju ke arah keruntuhan manakala mata wang kripto bersedia untuk menjadi masa depan wang.

Kiyosaki sejak dahulu lagi memberi sokongan kuat terhadap kripto, oleh itu komen terbarunya di platform media sosial X semasa beliau berada di Singapura untuk persidangan TOKEN2049 telah berjaya menghidupkan semula perdebatan tentang masa depan wang.

Susulan Kiyosaki berkata kripto adalah masa depan dan wang fiat sebagai wang palsu, ramai pelabur mula percaya aset digital akan beralih menjadi medium pertukaran utama tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, beliau yang secara terbuka mengakui memiliki Bitcoin (BTC) telah melihat kripto sebagai lindung nilai terhadap penurunan nilai mata wang tradisional yang terkesan susulan daripada inflasi dan dasar monetari kerajaan.

Hal ini kerana BTC berupaya untuk bangkit semula sejurus selepas pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik, jadi di sini dapat dilihat bahawa aset digital itu berada dalam kedudukan kukuh dalam landskap kewangan yang semakin luas.

Meskipun begitu, pasaran kripto pada masa ini mengalami sedikit tekanan daripada FTX yang mengumumkan rancangan mengejutnya untuk mencairkan aset digital bernilai $3.4 bilion menjelang akhir tahun 2023.

Memang tidak dinafikan Kiyosaki berpandang kripto adalah masa depan wang, tetapi evolusi pasaran kripto kekal menjadi subjek perdebatan susulan ketidakpastian peraturan, sentimen pasaran dan kemajuan teknologi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat