Kripto SAND Tampil Garang Dengan Lonjakan Drastik!

407

Disaat matawang kripto yang lain masih lagi menyusut, matawang yang berkaitan dengan Non-Fungible Token (NFT) nampaknya mencetuskan impak yang positif untuk paparkan kenaikan.

Tidak ketinggalan, SAND yang berperanan sebagai dunia maya yang berasaskan blockchain dengan menggabungkan kuasa autonomi yang tidak berpusat (DAO) dan NFT untuk tampil garang membuat lonjakan yang agresif.

Perkembangan terbaru, SAND telah melancarkan Summer Jam yang merupakan jualan SAND gelombang ke-3 seperti yang dinyatakan pada ciapan Twitter TheSandboxGame.

Selain itu juga, projek penjualan SAND ini dijangka bakal menerapkan sistem yang lebih adil dan telah menaik taraf beberapa sistem rangkaian seperti:

  • Peningkatan kapasiti server untuk mengendalikan lebih banyak pengguna di peta dengan lebih cekap
  • Pemeriksaan keselamatan tambahan untuk memastikan semua transaksi adalah dilakukan oleh manusia dan bukannya robot.
  • Paparan peta baru yang dipertingkatkan
  • Sistem giliran (Akan Datang)

Menarik untuk dilihat pada carta SAND/USDT,

Harga SAND terus melonjak dengan garang apabila harga telah mempamerkan kenaikan melebihi 100% pada pergerakan pasaran minggu ini.

Kenaikan itu juga telah mendorong pergerakan harga SAND untuk mencatatkan paras ketinggian terbaharu 3 bulan pada sekitar harga $0.53.

Sekiranya harga SAND terus kukuh dengan trend bullish, harga dijangka bakal terus mencapai paras ketinggian terbaharu lagi yang mungkin bakal kembali menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $0.90.

Untuk kenaikan yang lebih tinggi, paras rintangan $0.53 akan menjadi paras tumpuan untuk ditembusi dan seterusnya harga dijangka bakal menguji paras resistance sekitar $0.70.

Jika paras resistance $0.70 berjaya ditembusi, tidak mustahil untuk harga SAND kembali menuju ke paras ATH $0.90 dan terus mencatatkan paras ATH yang terbaru bagi pasaran 2021.

Sebaliknya jika kenaikan harga gagal diteruskan, zon RBS (resistance become support) sekitar $0.43-$0.44 bakal diuji semula dan akan dinilai untuk arah pergerakan yang berikutnya.

Namun jika zon RBS $0.43-$0.44 untuk berjaya dilepasi, pergerakan harga SAND dijangka bakal membuat penurunan ke paras RBS seterusnya sekitar $0.37 atau ke paras yang lebih rendah.

Setakat jam 5.00 petang waktu tempatan, harga SAND terus melakukan lonjakan melebihi 17% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.47.

Lihat gambar carta matawang kripto SAND/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat