Pergerakan Gila Dalam Pasaran Kelirukan Pelabur! Apa Dah Jadi?

3,435

Permulaan dagangan sesi Eropah menyaksikan penyusutan yang dipamerkan kebanyakan matawang utama di tengah-tengah pasaran yang berisiko.

Hasil bon AS 10 tahun menjunam lebih rendah pada sesi Eropah, dengan penanda aras berada di tahap 1.26%. Ini menunjukkan pelabur kembali mendapatkan perlindungan ketika pemulihan dilihat goyah berikutan ketidakpastian Covid-19.

Penyusutan ini telah mengheret US dolar untuk turut jatuh. Ketika penulisan, indeks dolar dilihat cuba bertahan daripada jatuh lebih rendah dengan diniagakan di sekitar harga 92.52 berbanding sekumpulan matawang utama.

Di China, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi pasca Covid yang semakin perlahan dilihat meningkat, setelah kabinet negara itu mengatakan pihak berkuasa akan menggunakan pemotongan nisbah keperluan rizab bank (RRR) tepat pada masanya untuk menyokong ekonomi.

Kebimbangan ini telah mendorong matawang safe-haven, termasuk yen, swiss franc dan dagangan emas untuk melonjak lebih tinggi pada sesi ini.

Selain itu, Jepun secara rasmi mengumumkan keadaan darurat di Tokyo disebabkan lonjakan kes Covid-19, hanya dua minggu menjelang acara Olimpik di bandar itu.

Matawang berkaitan komoditi antara yang dilihat paling terjejas, di mana dolar Aussie menjunam ke paras terendah tujuh bulan berbanding US dolar ketika Reserve Bank of Australia (RBA) terus dovish untuk mengekalkan pelonggaran dalam dasar monetari semasa.

Dagangan dolar kiwi turut terkesan, dengan pergerakan harga menghampiri tahap terendah tujuh bulan, dan dolar Kanada pula terbenam ke paras terendah hampir tiga bulan berbanding greenback.

Matawang pound diniagakan stabil, susut dari paras harga 1.38000 berbanding USD, ketika kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 di UK terus membelenggu pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat