Lautenschlager Letak Jawatan Dari ECB!

289

Pegawai tertinggi Jerman di European Central Bank (ECB) telah meletak jawatan secara mengejut sebelum penggal perkhidmatan beliau berakhir di tengah-tengah konflik dalam bank pusat untuk memulakan semula program pembelian bon besar-besaran.

Sabine Lautenschlager yang merupakan salah seorang ahli lembaga eksekutif di Frankfurt bakal meninggalkan bank pusat pada 31 Oktober nanti, dua tahun lebih awal sebelum penggal beliau berakhir.

Tiada punca yang pasti dikaitkan dengan peletakan jawatan beliau, namun pasti akan menimbulkan spekulasi dalam pasaran. Antara salah satunya adalah, peletakan jawatan beliau sebagai tanda protes terhadap pakej pelonggaran pada mesyuarat September, yang mana ditentang oleh lembaga eksekutif Jerman.

Berkemungkinan juga Lautenschlager mengetahui sesuatu yang mana tidak diketahui umum berhubung pelantikan Presiden yang baru di ECB, dan ia menjadi satu keganjilan untuk berundur sebulan lebih awal sebelum kepimpinan bertukar tangan serta berpotensi membawa perubahan terhadap polisi sedia ada.

Jika dilihat dari sudut pembahagian ahli, pengunduran beliau itu akan mengurangkan wakil individu yang menyokong pendirian hawkish pada penetapan dasar monetari bank pusat. Beliau merupakan individu ketiga berbangsa Jerman yang berundur mengikuti jejak dua pegawai terdahulu yang meletak jawatan dari ECB.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat