Lebarkan Sayap, Poland Sasaran Penting Binance!

89

“Mungkin ini salah satu cara Binance nak bangunkan balik syarikatnya?”

Selain mengembangkan perkhidmatannya di Poland dengan beroperasi dalam pembekal perkhidmatan aset maya (VASP), syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance laksanakan pematuhan peraturan penuh kepada undang-undang tempatan.

Rentetan itu, para pengguna yang sudah berdaftar dengan Binance haruslah menandatangani terma serta syarat baharu jika ingin menggunakan lagi perkhidmatan syarikat tersebut.

Dilaporkan bahawa Binance sedaya upaya mengupah lebih ramai pekerja untuk operasi di Poland, di mana pasukannya berhasrat kukuhkan lagi kehadiran tempatan mereka dengan wujudkan pelbagai jenis pekerjaan.

Syarikat tersebut turut membuat kenyataan dalam blog rasminya pada Disember 2022 yang merancang untuk bangunkan lagi perkhidmatan Binance di Eropah.

Namun matlamatnya gagal apabila para pelabur berpusu-pusu mengeluar sejumlah aset digital mereka daripada Binance berikutan syarikatnya menghadapi kritikan hebat kerana tidak memberi penjelasan jelas tentang deposit pelanggan.

Menurut Katarzyna Wabik, Eksekutif Binance Poland berkata bahawa syarikat tersebut pada tempoh ini akan lebih mengutamakan para penggunanya yang berada di Poland sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memantapkan operasi tempatan.

Tambahan itu, pelaksanaan VASP yang disebut di atas tadi merupakan langkah Binance untuk mengaplikasikan dasar risiko dan pencegahan pengubahan wang haram.

Suka dimaklumkan kenyataan itu dikeluarkan semasa Binance ingin membenarkan pelabur institusi menghantar cagaran dengan Binance Custody.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat