Lepas Sembang Dengan Elon Musk, Michael Saylor Nak Beli DOGE?

205

Co-founder Microstrategy dan penyokong tegar Bitcoin (BTC), Michael Saylor dikelilingi desas desus yang mengatakan bahawa beliau berkemungkinan bakal membeli memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) dalam tempoh terdekat ini.

Hal ini berikutan kerana Saylor dilaporkan telah kerap berhubung bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk di akaun Twitter dan tindakan tersebut mampu memberi impak positif terhadap DOGE.

Namun, perlu diingat juga bahawa pendakian harga DOGE berlaku bukanlah disebabkan sokongan padu yang diberi Musk, tetapi selepas beliau secara rasminya mengambil alih syarikat media sosial Twitter.

Malah, Musk berpendapat harganya mampu melonjak lagi jika beliau membenarkan pembayaran mata wang kripto di Twitter.

Oleh demikian, timbulnya pelbagai persoalan dalam kalangan para pelabur untuk mengetahui sama ada Saylor mempunyai kecenderungan tinggi bagi melabur dalam memecoin tersebut semasa spekulasi mengenai pembayaran Twitter berasaskan kripto semakin meningkat.

Pada sisi berbeza, pembayaran menggunakan DOGE kini sudah semakin diterima oleh pelbagai syarikat, antaranya Google Cloud telah membenarkan penggunanya membayar sebarang perkhidmatan dengan aset digital.

Dimaklumkan juga bahawa harga DOGE menyaksikan lonjakan ketara sejurus selepas Musk melakukan pemerolehan Twitter tersebut pada akhir Oktober 2022.

Setakat penulisan ini, memecoin tersebut berada pada zon harga 0.09802 dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumla pasaran sebanyak $12.5 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat