Lihat Chart Minyak Mentah Menguat & Menjunam Disebabkan Sentimen Ini

59

Data stok minyak mentah yang mengejutkan dari AS (Amerika Syarikat) dilaporkan semalam oleh Institut Petroleum Amerika (API) dengan peningkatan sebanyak 11.6 juta tong pada minggu berakhir 3 Mac. Minggu sebelum itu, data ini juga merekodkan peningkatan stok sebanyak 2.5 juta di mana data kali ini jauh lebih banyak dari jangkaan pasaran 1.9 juta tong.

Selepas minyak mentah WTI (westtexas intermediate) mencapai paras terendah di $53.00 pada Selasa, minyak ini menguat dalam sesi dagangan AS sehingga hampir mencapai $53.80 berikutan komen yang meyakinkan dari Menteri Minyak Arab Saudi, Khalis Al-Falih.

Tetapi terdapat kejatuhan selepas komen Al-Falih dan harga komoditi ini kembali kepada $53.00 dalam sesi petang dagangan di AS.

Al-Falih juga memberi amaran bahawa peningkatan harga global adalah disebabkan Arab Saudi memotong pengeluaran di bawah 10 juta tong dan mereka tidak akan membiarkan pengeluar lain mengambil kesempatan daripada pemotongan ini.

Terdapat juga kebimbangan kepada peningkatan bekalan dari AS yang telah memberikan kesan negatif kepada pasaran komoditi hitam ini.

Sebelum data API dikeluarkan harga WTI berada di sekitar $53.10 dan selepas data tersebut dikeluarkan, harga WTI menjunam ke sekitar $52.85 dan berterusan sehingga $52.75.

Malam ini satu lagi data inventori minyak mentah oleh AS akan dikeluarkan dan dijangka akan sejajar dengan data yang dikeluarkan oleh API. Data EIA juga telah meningkat lapan minggu berturut-turut dan kenaikan besar akan memberi kebimbangan kepada pasaran minyak mentah global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat