Lonjakan Terhadap Indeks Pembuatan AIG Tidak Memberi Impak Kenaikan Terhadap Aussie

52

Aussie melemah walaupun dikejutkan dengan lonjakan Indek Pembuatan Kumpulan Industri Australia (AIG). Yen juga dilaporkan jatuh pada hari Isnin menjelang pengumuman data pembuatan China.

USD/JPY diniagakan pada 102.36, meningkat sehingga 0.32%. Selain itu, AUD/USD pula menurun 0.26%. Penurunan ini dikatakan berkait rapat dengan data perdagangan China.

USD/JPY, 15 minit
USD/JPY, 15 minit

 

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

Di Australia, Indek Pembuatan AIG bulan Julai melonjak berbanding dengan angka bulan lalu. Angka itu terus meningkat pada bulan Julai untuk bulan ke-13 berturut-turut. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh perkembangan paling lama dalam tempoh lebih sedekad. Proses pemulihan ini terutamanya disebabkan faktor eksport yang lebih kukuh dan penggantian import, selain dibantu oleh exchange rate yang kuat.

Di China, Biro Perangkaan Negara (NBS) dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China telah melaporkan Indek Pembuatan Separuh Rasmi bagi bulan Julai dijangka mencecah nilai 50, sama seperti bulan lepas. Indek Bukan Pembuatan PMI juga mencatat nilai yang sama seperti bulan lepas iaitu 53.7.

Indek Pembuatan Caixin PMI juga meningkat dari data bulan lepas.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai pada harga 95.53.

Pada minggu akan datang, Amerika Syarikat melaporkan data gaji bukan dari sektor perladangan dan data ISM melalui sektor pembuatan dan perkhidmatan akan dikeluarkan. Selain itu, pengumuman pada hari Khamis dari Bank of England akan menjadi tumpuan. Hal ini disebabkan ramalan peningkatan rangsangan monetari dari pengumuman terbabit bagi mengatasi kejutan ekonomi yang negatif selepas Brexit.

Pada minggu lalu, US Dollar menjunam berbanding matawang lain selepas data menunjukkan ekonomi AS berkembang lebih perlahan dari jangkaan.

Data suku kedua KDNK AS menunjukkan pertumbuhan tahunan hanya sebanyak 1.2% berbanding jangkaan 2.6%.

Data yang mengecewakan itu dikatakan mengurangkan risiko kenaikan kadar oleh Fed pada September nanti.

Fed meninggalkan kadar faedah tidak  berubah pada hari Rabu, dan berkata risiko terdekat dengan prospek ekonomi AS akan berkurangan.

Sementara itu, yen bangkit selepas BoJ mengumumkan langkah-langkah rangsangan sederhana pada mesyuarat dasar monetari pada Jumaat lalu. Keputusan ini dianggap mengecewakan pasaran yang menjangkakan langkah pelonggaran yang lebih agresif.

Walaupun BoJ melonggarkan dasar monetari dengan meningkatkan pembelian ETF, BoJ dijangka tidak akan mengurangkan kadar faedah kepada nilai yang terlalu negatif. Menurut jangkaan penganalisis lagi, BoJ juga tidak akan meningkatkan asas kewangan.

BoJ juga berkata, mereka akan melakukan kajian yang lebih komprehensif mengenai kesan kadar faedah negatif dan pembelian aset secara besar-besaran pada bulan September. Sekali gus, menunjukkan bahawa rombakan besar pakej rangsangan mungkin akan berlaku dan menghidupkan semula harapan untuk penggunaan “wang helikopter” pada masa akan datang.

 

Klik link ini jika anda belum membaca artikel Pokemon Go ini. Hadamkan dan anda pasti terkejut dengan impaknya! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat