Lubnan Terima Kripto Ketika Fasa Kejatuhan Ekonomi!

113

Kebanyakan penduduk Lubnan kini lebih tertarik menerima mata wang kripto atau stablecoin selepas sistem perbankan tempatan serta nilai mata wang mengalami kejatuhan tragis disebabkan hiperinflasi.

Malah, sesetengah penduduk tempatan turut berminat untuk aktiviti mining Bitcoin (BTC) susulan mereka dapat menggunakan tenaga hidro murah dari sungai untuk menjana pendapatan.

Secara konteks, Lubnan merupakan negara paling maju di Timur Tengah yang kini bergelut dengan pelbagai isu ekonomi apabila KDNK negara menyusut 40% sejak 2018, inflasi sekitar 160% dan nilai mata wang tempatan merosot lebih 90% selepas perang saudara besar-besaran berlaku.

Rentetan itu, kebanyakan rakyat Lubnan yang masih menetap di negara tersebut telah meneroka alternatif lain bagi mengekalkan kekayaannya, antaranya adalah Georgia Abou Gebrael berusia 27 tahun.

Difahamkan bahawa Gebrael telah melihat kripto sebagai sesuatu aset digital yang berharga dan selamat walaupun sebelum ini beliau menganggap BTC sebagai penipuan.

Hal ini berikutan kerana Gebrael mendapat bayaran $5 dalam BTC daripada majikannya dan aset digital itu tidak akan sesekali dirampas atau disekat oleh bank.

Manakala sebelum ini Gebrael dikatakan tidak dapat mengeluarkan simpanan banknya susulan institusi kewangan domestik mengharamkan transaksi sedemikian.

Sementara itu, Ahmad Abu Daher turut mencari kaedah lain dengan melakukan mining Ethereum (ETH) dan BTC menggunakan kuasa hidroelektrik di sebuah bandar pergunungan kecil terletak 30 batu di selatan Beirut.

Oleh demikian, beliau kini berjaya mengembangkan perniagaannya dan memiliki beribu-ribu mesin hasil daripada mining kripto tersebut.

Walaupun Abu Daher perlu membayar bil elektrik, yuran internet dan sewa menggunakan pound Lubnan, beliau telah menggunakan stablecoin Tether (USDT) untuk membayar mesin import.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat