Lupakan DOGE? Elon Musk Sasarkan Kripto AI Ini Pula!

547

“Rasanya Musk cuma nak mempelbagaikan kripto, tak akan la dia nak lupakan anjing kesayangannya tu.”

Pasaran mata wang kripto sekali lagi memerhati tindakan jutawan Elon Musk yang baru-baru ini sedang berbincang dengan penyelidik Artificial Intelligence (AI) susulan membayangkan ia mungkin berpotensi beri impak positif terhadap memecoin kegemaran beliau iaitu Dogecoin (DOGE).

Suka dimaklumkan bahawa kebanyakan aset digital AI sejak kebelakangan ini menjadi terkenal sejurus selepas wujudnya ChatGPT dan terdapat gembar-gembur tentang produk berkaitan AI.

Antara kripto dikaitkan dengan AI adalah The Graph (GRT), SingularityNET (AGIX) dan Fetch.ai (FET) yang didapati memperoleh nilai besar melalui kejayaan ChatGPT.

Rentetan itu, pasaran kripto sungguh percaya kripto berasaskan AI mampu melonjak drastik pada masa hadapan.

Berbalik kepada penerangan, Musk yang sebelum ini berminat dengan kripto telah berkata bahawa beliau mula tertarik dengan AI.

Hal ini kerana Musk telah berkongsi gambar yang menyebut “In The Singularity” dan tindakan tersebut berjaya menarik minat banyak individu untuk menyertai projek SingularityNET (AGIX) walaupun kenyataan beliau masih tidak jelas.

Susulan itu, harga AGIX menyaksikan lonjakan apabila projek SingularityNET juga didapati berkait rapat dengan ekosistem Cardano (ADA).

Sungguhpun pasaran kripto menghadapi tekanan sedikit disebabkan isu Silvergate, harga AGIX meningkat sebanyak 11% dalam tempoh seminggu lalu berbanding Bitcoin (BTC) yang tergelincir sekitar 3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat