Mampukah EUR/USD Mengekalkan Kenaikan Harga Pada Sesi Asia?

933

Matawang Euro pamerkan pengukuhan berbanding US dolar pada permulaan dagangan minggu ini dengan kenaikan harga pada carta pasangan EUR/USD sejak sesi pasaran Asia bermula.

Pelabur akan kembali berhati-hati terhadap dagangan Euro menjelang bacaan data inflasi zon Eropah untuk bulan Jun yang akan diterbitkan pada Selasa.

US dolar dijangka akan meneruskan pengukuhan pada pembukaan sesi New York yang masih disokong oleh sentimen berisiko pasaran.

Kadar jangkitan virus yang meningkat di Amerika Syarikat (AS) terutama di Texas, Arizona dan Georgia meningkatkan kebimbangan para pelabur dengan angka kes seluruh dunia telah melepasi angka 10 juta.

Di China, kluster terbaru dilaporkan di Beijing selepas penularan bulan lalu. Pihak berkuasa mengarahkan sekatan dilaksanakan serta merta.

Pada carta harga EUR/USD, harga dilihat gagal melepasi paras sokongan 1.12000 setelah diuji beberapa kali pada dagangan minggu lalu.

Memulakan dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga telah bergerak membuat kenaikan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1.12600 pada awal sesi Eropah.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji paras tumpuan pada 1.13000 sebelum harga menguji paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.13500 yang juga merupakan zon SBR.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula dan berjaya melepasi semula paras sokongan MA50, paras support pada 1.12000 akan kembali diuji.

Melepasi zon support tersebut akan melihatkan harga turun lebih rendah berkemungkinan menuju paras 1.11000.

Pelabur juga akan lebih berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Khamis.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat