Mampukah USD/JPY Capai Semula Paras Tertinggi ¥114.700?

326

Menilai kepada carta harga pasangan matawang USD/JPY, harga tampaknya meneruskan lonjakan pada awal sesi Asia hari ini (Jumaat) meskipun bergerak sedikit mendatar pada dagangan Khamis.

Pendakian juga dilihat seakan sedang melakukan aksi percubaan untuk menguji puncak ketinggian sejak dagangan 2017 sekitar 114.700 setelah harga telah pun mengatasi paras rintangan 114.000.

Pelabur turut dijangka akan memerhatikan kepada rangka masa mingguan yang disaksikan seperti ingin membentuk corak ‘bullish engulf’ bagi mengeluarkan jangkaan untuk harga terus melonjak.

Kejatuhan indeks Yen yang tergolek ke paras terendah sejak April 2017 telah kembali meranapkan peluang matawang ‘Samurai’ yang sebelum ini baru sahaja mahu memapar kebangkitan.

Di kala kesempatan tersebut, dolar greenback terus mengambil ruang untuk terus kukuh setelah disokong oleh lonjakan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) yang tinggi sepanjang 3 dekad sejak 1990.

Penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS yang melonjak untuk menghampiri paras 1.60% tampaknya serba sedikit telah menyokong matawang USD tampil bergaya dengan penguasaannya.

Tumpuan selanjutnya berkemungkinan akan diperhatikan pada zon rintangan sekitar 114.460 sebelum dijangka akan mampu untuk sekali lagi mencapai ke paras ketinggian 114.700.

Penganalisis menjangkakan bahawa pergerakan harga pada paras tertinggi tersebut akan dinilai oleh pelabur bagi melihat sama ada reaksi harga mampu untuk terus mendaki atau kembali tergelincir.

Sebaliknya zon rintangan pada sebelum ini yang kini menjadi zon RBS (resistance become support) 114.000 dijangka akan dicapai semula andai kata harga kembali melayani curaman.

Curaman yang lebih rendah bakal menyaksikan harga tergelincir ke zon RBS berikutnya pada 113.400 dan bakal melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat awal trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat