Mampukah USD Kekalkan Pengukuhan Pada Minggu NFP?

431

Dolar USD diniagakan mendekati paras tertinggi dalam tempoh dua minggu berbanding yen menjelang pengeluaran data yang meramalkan sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) kembali meningkat sekali gus akan mengurangkan kebimbangan terhadap kesan berterusan perang perdagangan.

Beberapa data ekonomi dan ucapan daripada bank pusat minggu ini akan mempengaruhi pergerakan mata wang utama memandangkan peniaga ingin memastikan sejauh mana tindakan yang akan diambil oleh pembuat dasar untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Walaupun terdapat beberapa penggubal dasar Fed dijadualkan berucap minggu ini, namun tumpuan mereka lebih terarah kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell pada Jumaat ini berhubung petunjuk mengenai arah dasar monetari AS.

Sementara itu, Euro dicatatkan mencecah paras terendah dalam tempoh lebih daripada dua tahun berbanding dolar USD berikutan data ekonomi Jerman yang lemah memperkuatkan jangkaan bahawa dasar monetari di zon Eropah akan kekal akomodatif untuk tempoh yang panjang.

Selain itu, dagangan kiwi mengalamai penyusutan ke paras terendah sejak September 2015 berbanding dolar USD berikutan data New Zealand yang suram di samping jangkaan terhadap Reserve Bank of New Zealand yang akan mengurangkan kadar faedah pada November dan Februari.

Dolar Australia susut lebih rendah menjelang jangkaan pemotongan kadar faedah daripada Reserve Bank of Australia (RBA) pada Selasa manakala dagangan yen pula terus lemah susulan bank pusat Jepun (BOJ) menunjukkan kemerosotan keyakinan perniagaan pada suku ketiga ke tahap paling rendah dalam tempoh enam tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat