Mantap! Loopring (LRC) Terus Memacak Catat Rekod Tertinggi!

281

Loopring merupakan protokol sumber terbuka ‘ZK-Rollup’, antara koleksi kontrak pintar Ethereum dan litar ZK , juga merupakan penggabungan pertama yang digunakan di Ethereum dan membawa ekosistem ke era penskalaan Lapisan 2 (L2).

Dilancarkan pada tahun 2017 oleh Daniel Wang.

Sesi dagangan bulan Ogos, Loopring menghasilkan lebih 150% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $0.60.

Baru-baru ini, Loopring mengumumkan satu kenyataan di twitter bahawa mereka kini menyokong NFT sebagai pencetakan, perdagangan dan pemindahan di bawah lapisan 2 (L2).

 

Seterusnya, meneliti kepada carta pergerakan semasa harga LRC/USDT.

LRC dilihat telah menyaksikan potensi harga yang baik sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelabur.

Dilihat dari sudut teknikal, pergerakan harga LRC nampaknya sedang dalam trend bullish dan sedang berlegar-legar untuk menuju ke paras resistance $0.60.

Bagi jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend bullish, ia perlu menguji paras resistance $0.60 terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.45 sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan.

Sewaktu penulisan, LRC/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.50 melonjak lebih 9% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-112 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto LRC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat