Masih Ramai Lagi Perlekehkan Pembayaran Kripto – Vitalik

202

Pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin menganggap keunggulan pembayaran mata wang kripto sering diremehkan berbanding fiat, sebagai analoginya kemudahan pembayaran antarabangsa dan pembayaran kepada badan amal lebih disukai oleh kebanyakan individu.

Hal ini dapat dilihat apabila Buterin membuat komen dalam Twitter miliknya mengatakan bahawa ia bukan sekadar penentangan terhadap penapisan, tetapi menjadikan mata wang kripto mudah apabila melibatkan perniagaan antarabangsa, amal serta pembayaran dalam negara.

Secara realitinya, pembayaran menggunakan mata wang kripto berkembang pesat di seluruh dunia kerana laporan daripada data PYMNTS menunjukkan 85% daripada pendapatan tahunan sesebuah peniagaan yang melebihi $1 bilion turut menerima pembayaran kripto bagi mendapatkan pelanggan baharu.

Malah, penggunaan kripto menjadi semakin rancak apabila wujudnya kad debit kripto termasuklah kerjasama Binance dan Mastercard dalam melancarkan kad prabayar untuk warga Argentina.

Buktinya, kebanyakan kad seperti Wirex memberi ganjaran kepada pengguna melalui pulangan tunai kripto serta kad memudahkan perbelanjaan dalam mata wang kripto utama, mata wang fiat dan pengeluaran wang tunai daripada ATM.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Vitalik, mata wang kripto amat berguna semasa memindahkan wang ke peringkat antarabangsa atau pendermaan amal kerana tidak memerlukan tempoh yang lama.

Natijahnya, kebanyakan individu tidak yakin dengan pembayaran menggunakan kripto disebabkan turun naik harga pasaran, risiko peraturan termasuklah yuran transaksi tinggi serta pemprosesan yang lama untuk mata wang kripto tertentu, misalnya Bitcoin dan Ethereum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat