Matawang Gergasi Tidak Banyak Berganjak Dalam Sesi Eropah!

76

US Dollar didagang hampir tidak berubah berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat gara-gara ketegangan geopolitik yang muncul semula dan pengumuman beberapa laporan ekonomi AS dalam masa terdekat.

Pasaran juga kelihatan agak gelisah selepas Presiden AS, Donald Trump berkata beliau akan membuat rundingan semula atau menamatkan perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan yang dianggap “menjengkelkan”.

Kenyataan tersebut dikeluarkan tidak lama selepas Trump mengatakan bahawa AS mungkin berdepan konflik yang agak rumit dengan Korea Utara.

Selain itu, tumpuan pasaran turut diberikan kepada pengumuman data pertumbuhan bagi suku pertama tahun ini disamping laporan sentimen pengguna yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

EUR/USD pula didagang sedikit berubah kepada 1.0871 selepas menjunam sebaik sahaja Presiden Bank Pusat Eropah berkata bahawa pasaran tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengubah prospek sasaran inflasi ECB.

Beliau juga sebelum itu mengumumkan pengekalan kadar pada tahap yang tidak berubah pada rekod0.0 peratus, sejajar dengan ramalan.

GBP/USD pula kekal stabil pada 1.2904 tidak jauh daripada tahap tertinggi bagi tempoh enam bulan.

Di tempat lain, USD/JPY pula kekal stabil pada 111.12 selepas data awal menunjukkan bahawa perbelanjaan isi rumah di Jepun menurun sebanyak 2.0 peratus pada bulan Mac.

Indeks harga pengguna di Jepun pula meningkat dibawah jangkaan keuntungan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama pula dilapor stabil pada 99.06.

Bank Pusat Australia Dijangka Akan Mengekalkan Kadar Pada Mesyuarat Dasar Mei Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat