Matawang Yen Terus Mengukuh, Harga Emas Mula Meningkat- Sesi Eropah

351

Pasaran Matawang

Matawang US dolar meneruskan penyusutan berbanding yen pada hari Rabu, selepas bank pusat Jepun BoJ mengumumkan ingin mengurangkan saiz pembelian bonnya sebanyak 5% sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa ia akan mengurangkan rangsangan monetari tahun ini.

USD/JPY menyusut sebanyak 0.78% kepada 111.78, paras terendah sejak 1 Disember setakat jam 05.30 p.m.

EUR/JPY juga menyatat penyusutan sebanyak 0.71% kepada 133.53.

Matawang Euro mula menyusut selepas tindakan pelabur mengambil keuntungan keatas pengukuhan matawang wang.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut sebanyak 0.14% kepada 92.10 setakat jam 05.30 p.m.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mencapai paras tertinggi sejak 2014 pada hari Rabu.

Hal ini kerana didorong oleh pemotongan bekalan yang diketuai OPEC ketika ini dan jangkaan inventori yang terus jatuh pada minggu kelapan berturut-turut.

Harga minyak WTI berada di sekitar $63.37 setong dan Brent $69.09 setong setakat pukul 05.30 p.m.

Harga emas mula mengukuh dalam sesi dagangan Eropah berikutan kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat