Memang Cun! Stacks (STX) Kekal Pamer Prestasi Cemerlang

168

Pergerakan harga STX terus mempamerkan corak agresif pada permulaan Ogos untuk mencatat kenaikan sebanyak 30%.

Beberapa faktor dalam perancangan projek DeFi untuk rangkaian Bitcoin baru-baru ini terus mempengaruhi impak positif terhadap kenaikan itu.

Hal itu juga ada didedahkan di ciapan Twitter StacksOrg.

Rangkaian Stacks juga menggunakan protokol perlombongan baru yang disebut sebagai Proof-of-Transfer (PoX) yang selari dengan Bitcoin dan menggunakan rangkaian BTC sebagai media penyiaran.

Meneliti kepada carta STX/USDT,

Pergerakan harga STX dilihat telah berjaya melepasi HH (higher high) dan paras ketinggian yang dicapai pada Julai sekitar $1.40 untuk kekal dengan trend bullish.

Sekiranya harga terus membuat lonjakan, paras resistance sekitar $1.65 yang merupakan paras sokongan terkuat pada April dan Mei bakal kembali dituju.

Paras $2 bakal menjadi tumpuan seterusnya jika paras resistance $1.65 berjaya ditembusi untuk harga STX kembali menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras $2.70.

Namun jika pergerakan harga kembali menyusut, harga dijangka bakal berlegar-legar di paras RBS (resistance become support) $1.40 bagi menantikan pergerakan berikutnya.

Paras RBS seterusnya sekitar $1.20 akan menjadi paras utama untuk diuji jika harga STX terus pamer penurunan yang lebih rendah.

Setakat jam 3.00 petang waktu tempatan, harga STX ‘meroket’ melebihi 15% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $1.44.

Lihat gambar carta matawang kripto STX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat