Menjelang Mesyuarat BOE, GBP/USD Terjun Lagi Hampir 300 Pips!

263

Nilai US dolar terus meningkat selepas terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam (Selasa) menambahkan lagi petunjuk risiko inflasi untuk ekonomi terbesar dunia itu.

Peningkatan data PPI untuk bulan Mei mencapai jangkaan pada 0.80% mengatasi bacaan bulan sebelumnya pada 0.50%.

US dolar dijangkakan akan terus mengukuh menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, dengan jangkaan kenaikan sehingga 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed).

Selepas mesyuarat FOMC, tumpuan pelabur akan terarah pula kepada keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) yang bakal mempegaruhi pergerakan mata wang Pound.

Pound masih lagi dilihat bergerak lemah sejak penghujung minggu lalu sehingga bersambung ke awal minggu ini, ditambah pula selepas pelabur diperlihatkan dengan data pekerjaan UK yang menyusut pada terbitan pada sesi Eropah semalam.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, corak bearish harga masih lagi dikekalkan dengan penurunan ketara terus berlaku untuk hari ketiga berturut-turut.

Harga dilihat telah membuat sedikit kenaikan pada sesi Asia semalam sebelum meneruskan penurunan di sesi Eropah bersambung sehingga ke penghujung sesi New York.

Selepas penurunan 200 pips berlaku pada Jumaat dan Isnin awal minggu, penurunan harian sekitar 270 pips dicatatkan pada Selasa semalam menyambung momentum penurunan harga ke paras terendah terbaru sejak Mac 2020 di bawah zon 1.2000 mencecah paras sekitar 1.19400.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga dilihat membuat kenaikan sedikit pada Sesi Asia melepasi semula zon 1.2000, namun dilihat masih bergerak dalam trend bearish berikutan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Sekiranya penurunan harga masih diteruskan, harga yang turun di bawah paras 1.19400 akan menuju pula ke paras jangkaan sekitar 1.18000 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku semula, paras 1.21000 dijangka bakal menjadi rintangan awal untuk diuji harga sebelum paras halangan MA50 pula akan turut diuji untuk memberi petunjuk bagi pergerakan harga selanjutnya.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan melepasi paras tersebut seterusnya bakal menuju ke paras sasaran lebih tinggi pada 1.22800 setelah perubahan trend harga lebih jelas dinilai pelabur.

Keputusan mesyuarat FOMC dan BOE pada Khamis akan menjadi pemacu pergerakan harga di penghujung minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat