Merah Berdarah, Pasaran ‘Berkocak’ Menuju Penghujung Minggu

449

Pasaran mata wang semakin rancak menuju penghujung minggu dengan pergerakan agresif harga dipaparkan pada Rabu semalam melibatkan beberapa mata wang termasuk US dolar dan Pound.

US dolar melonjak ketika menuju pembukaan dagangan sesi New York yang didorong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) .

Pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat awal Mei nanti, sebelum mula menghentikan kenaikan kadar pada mesyuarat-mesyuarat berikutnya.

Sementara, European Central Bank (ECB) dan Bank of England (BOE) kedua-duanya dijangka akan meneruskan langkah menaikkan kadar faedah.

Ini dikuatkan lagi dengan petunjuk daripada data inflasi UK yang diterbitkan di sesi Eropah semalam menunjukkan inflasi yang masih berada di atas paras 10%.

Mata wang Pound terus melonjak memberi reaksi sebaik sahaja data tersebut diterbitkan.

Mata wang komoditi termasuk dolar Australia dan dolar New Zealand didagangkan suram selepas US dolar kembali memaparkan dominasi.

Dolar New Zealand ketara menyusut pada pembukaan dagangan sesi Asia pagi ini susulan bacaan inflasi New Zealand yang diterbitkan sebentar tadi menunjukkan angka yang lebih rendah (1.2%) berbanding jangkaan untuk meningkat (1.5%).

Dagangan emas juga turut menyaksikan terjunan harga selepas gagal bertahan di paras $2,000 dengan penurunan mencecah sekitar $1,970 sebelum berlaku lantunan semula harga.

Tumpuan pasaran akan terarah pada data-data tumpuan yang akan diterbitkan selepas ini seperti data tuntutan faedah pengangguran AS (unemployment claims) dan data PMI pembuatan dan perkhidmatan pada Jumaat.

Pelabur dinasihatkan untuk lebih berhati-hati menuju dagangan penghujung minggu yang semakin berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat