Mimpi Memang Indah Tapi Tidak Untuk Bursa Hujung Minggu Ini

147

Aktiviti penjualan sederhana pada sektor perbankan, perladangan dan telekomunikasi mengganggu prestasi cemerlang bursa tempatan.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bemula 0.45 mata pada 1,454.54 sebelum turun 0.52 mata pada 1,453.57 berbanding penutupan semalam pada 1,454.09.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 135 atasi kerugian pada 103, manakala 207 kaunter pula tidak berubah, 1,924 tidak didagangkan dan 83 digantung.

Jumlah perolehan pada 87 juta unit bernilai RM39 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kesan kenaikan kadar faedah di Eropah dan sentimen negatif Wall Street dijangka melimpah ke bursa tempatan dengan indeks dijangka berlegar pada paras 1,450-1,470 hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Axiata Group Bhd turun 2 sen pada RM8.66 dan RM2.74, Maxis Bhd serta Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) jatuh 6 sen pada RM3.74 serta RM22.14 sementara Petronas Gas Bhd susut 14 sen pada RM17.02 dan Digi.Com Bhd kurang 5 sen pada RM3.70.

Selain itu, IHH Healthcare Bhd naik 8 sen pada RM6 sementara MR DIY Group (M) Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Hartalega Holdings Bhd capai 2 sen pada RM1.98, RM8.31 dan RM2.10.

Saham aktif memperlihatkan Top Builders Capital Bhd hilang 1 sen pada 2 sen, UEM Sunrise Bhd junam 0.5 sen pada 20.5 sen dan SNS Network Technology Bhd maju 0.5 sen pada 24.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 2.58 mata pada 10,310.99, FBM 70 tambah 10.76 mata pada 12,261.92, indeks FBMT 100 kurang 0.71 mata pada 10,052.88, indeks FBM Emas Shariah jatuh 1.32 mata pada 10,345.41 dan FBM ACE kuncup 20.60 mata pada 4,842.59.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan hilang 11.49 mata pada 16,468.42, indeks Tenaga turun 2.04 mata pada 699.63, indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 0.1 mata pada 175.27 dan indeks Perladangan susut 3.96 mata pada 6,915.09.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat