Minggu Penuh Gelora, Jaga-jaga Dengan USD & Powell!

852

Pasaran akan dihiasi dengan satu lagi minggu yang penuh gelora, terutamanya mesyuarat polisi FOMC yang bakal menentukan pengukuhan US dolar selanjutnya.

US dolar di awal minggu melihatkan raja mata wang itu kekal didagangkan stabil pada sekitar paras tertinggi enam bulan walaupun pengukuhannya sedikit mereda.

Ia susulan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Jumaat, menunjukkan bacaan sedikit menurun daripada 69.5 kepada 67.7 pada bulan September.

Bacaan yang suram itu telah menggoyahkan sedikit dagangan US dolar sebelum ia kembali meraih pengukuhan untuk kekal didagangkan pada paras tertinggi.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan 105.26 ketika sesi Asia.

Menjadi tumpuan minggu ini adalah mesyuarat polisi dari 4 bank pusat utama, iaitu Federal Reserve (Fed), Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) pada Khamis dan Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat.

Fokus utama pasaran tentunya pada keputusan Fed yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 5.00%. Namun kenyataan susulan Pengerusi Jerome Powell akan menjadi perhatian pelabur.

Meneliti pergerakan mata wang utama, euro kekal didagangkan pada sekitar paras terlemah, masih ditekan oleh pengukuhan US dolar dan kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB) minggu lalu untuk menghentikan kenaikan kadar.

Pelabur akan memberi tumpuan kepada keluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah pada minggu ini.

Sementara pound pula suram di bawah paras harga 1.2400 dengan tumpuan pelabur kini terarah pada terbitan data inflasi, mesyuarat BOE dan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand diniagakan susut di tengah-tengah pengukuhan US dolar. Minit mesyuarat bank pusat Australia dan keputusan kadar faedah China akan menjadi fokus pelabur minggu ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat