10 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Sept 2023)

782

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Butiran minit mesyuarat akan diteliti pasaran selepas bank pusat Australia memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat terbaru. Dolar Australia alami penyusutan selepas mesyuarat tersebut namun kembali pulih sehingga minggu lepas.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Malam): Kadar inflasi Kanada diramalkan menurun untuk bulan Ogos yang bakal mendorong bank pusat untuk memperlahankan pengetatan dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini. Situasi ini akan mempengaruhi pergerakan dolar Kanada dalam pasaran.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selepas pasaran menyaksikan data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi UK pada minggu lalu, kali ini data inflasi pula akan menjadi indikator penting yang akan diperhatikan menjelang mesyuarat bank pusat.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Menjadi acara tumpuan utama minggu ini, mesyuarat polisi bank pusat Amerika akan memacu arah pergerakan pasaran seterusnya. Kadar faedah diramalkan kekal pada 5.50% namun pelabur tidak terkejut jika ada sebarang kejutan berlaku.

Mesyuarat Polisi SNB (Khamis 3.30 Petang): Swiss National Bank dijangka akan lebih agresif berbanding bank pusat lain untuk meningkatkan lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terbaru. Kadar bakal meningkat daripada 1.75% kepada 2.00%.

Mesyuarat Polisi BOE (Khamis 7.00 Petang): Selepas data-data penting yang diperhatikan sejak minggu lepas, keputusan mesyuarat bank pusat England akan ditentukan minggu ini. Kadar faedah dijangka akan dinaikkan ke paras 5.50% daripada 5.25%.

Mesyuarat Polisi BOJ (Jumaat): Bank pusat Jepun dijangka untuk mengekalkan kadar faedah di paras rendah -0.10% seperti sebelum ini. Namun pasaran sedang menantikan perkembangan terbaru dari Gabenor Kazuo Ueda selepas isyarat untuk perubahan dasar sejak minggu lalu.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Selepas catat bacaan yang merosot pada bulan lalu, bacaan terbaru data PMI Eropah untuk September diharapkan untuk pulih sedikit. Ini juga memberi gambaran terhadap kesihatan ekonomi semasa di Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Setelah data bulan lalu dikemas kini sedikit baik, namun bacaan masih berada di bawah paras penguncupan. Angka terbaru juga bagi September masih dijangka kekal di bawah 50.0 mata.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Malam): Bacaan PMI AS bercampur untuk Amerika di mana sektor pembuatan diramalkan kekal lemah di bawah paras penguncupan, sementara sektor perkhidmatan pula sedikit baik di atas paras 50.0 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat