Minyak Mentah Jatuh Di Sesi Asia Selepas Ujian ICBM Kali Ke-2 Pyongyang Bulan Ini

45

Harga minyak jatuh di sesi Asia hari Jumaat selepas Korea Utara mengenakan ujian peluru perpandu balistik (ICBM) jarak sederhana melepasi kepulauan Jepun di Hokkaido dan jatuh ke latuan pasifik walaupun US dan sekutunya telah menggesa PBB untuk mengenakan sekatan ekonomi, selain para pelabur juga akan melihat data mingguan terkini kiraan aktiviti galian minyak US hari ini.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober di New York Mercantile Exchange jatuh 0.30% kepada $49.74 setong, manakala minyak brent di London Intercontinental Exchange pula susut 0.29% kepada $55.31 setakat jam 12.10 tengahhari.

Semalam minyak melonjak ke paras tertinggi tujuh minggu lalu, disokong oleh dua laporan awal minggu ini yang menunjukkan peningkatan terhadap permintaan minyak dunia, mengimbangi lebihan bekalan minyak sedia ada.

Minyak WTI mula didagang tinggi, naik semula melebih $50 setong untuk kali pertama dalam tempoh 5 minggu berikutan para pelabur terus optimis dengan laporan International Energy Agency (IEA) pada hari Rabu lalu yang menjangkakan kenaikan permintaan minyak dunia tahun ini, paling tinggi sejak tahun 2015.

IEA mengeluarkan semula kajian mereka terhadap jangkaan permintaan minyak bagi tahun 2017, dengan kenaikan 100,000 tong sehari (bdp) kepada 1.6m bdp atau 1.7%. Padangan bullish pada permintaan minyak, menaikkan jangkaan bahawa lebihan minyak akan lebih stabil di bulan-bulan akan datang.

Laporan IEA dikeluarkan sehali selepas OPEC mengumumkan pengeluan bulan Ogos jatuh 79,000 tong sehari kepada 32.76 tong berikutan kejatuhan hasil daripada Venezuela, Iraq, the UAE and Saudi Arabia di samping kenaikan pengeluaran di Nigeria.

Pengeluaran OPEC yang jatuh melegakan sebahagian pelabur yang selama ini mempersoalkan komitment OPEC untuk menyelasaikan isu lebihan bekalan disebabkan oleh kadar patuh syarat yang jatuh sebelum ini.

Pada Mei yang lalu, ahli OPEC dan non-OPEC setuju untuk teruskan sekatan pengeluaran minyak kepada 1.8 juta tong sehari untuk sembilan bulan sehingga Mac 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat