Abe: Jepun Tidak Akan Bertolak Ansur Dengan Provokasi Korea Utara

53

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini berkata, Jepun tidak akan bertolak ansur dengan provokasi bahaya Korea Utara yang mengancam keamanan dunia, selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu kali kedua melepasi Jepun dan jatuh ke perairan pasifik.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan Korea Utara yang telah memijak perpaduan kuat kominiti antarabangsa ke arah keamanan melalui resolusi PBB, dan mereka sekali lagi terus dengan tindakan keterlaluan ini”, jelas Abe kepada wartawan.

“Jika Koera Utara terus melalui jalan ini, masa depan mereka akan gelap. Kita perlu pastikan Korea Utara faham perkara ini”, tambah beliau lagi.

Jepun dikejutkan dengan amaran bahawa Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu merentasi kepulauan di kawasan utara Hokkaido awal pagi Jumaat, pelancaran kedua dalam masa kurang daripada satu bulan.

Hal ini turut menjadi kebimbangan terhadap keselamatan pada jentara perkapalan udara dan air di Jepun kerana peluru berpandu tersebut dilepaskan tanpa sebarang notis.

Abe menggesa mesyuarat kecemasan dijalankan bersama PBB dan menegaskan: “Sekarang adalah masa untuk komuniti antarabangsa bersatu”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat