Minyak Mentah Kini Meningkat Lapan Hari Berturut-Turut

58

Harga minyak mentah dunia naik lapan hari berturut-turut pada Isnin paling panjang dalam masa lima tahun selepas data pengeluaran yang sederhana oleh US.

Harga minyak mentah Brent-oil naik ke paras $49.18 setong setakat 3 petang tadi, selepas merekod kenaikan 5 peratus minggu lalu. Kini Brent-oil didagang di sekitar $48.68 setong.

Manakala minyak WTI naik ke paras tertinggi hari ini di $46.54 dan ketika ini didagang di sekitar $46.05 setong setakat pukul 6.44 petang.

Aktiviti penggerudian bagi pengeluaran baru di US jatuh buat pertama kali sejak Januari, dengan jumlah pelantar berkurang sebanyak dua pelantar.

“Sentimen telah berubah dan saya rasa harga akan naik. Saya tak fikir ia akan berterusan, tetapi momentum ketika ini adalah kenaikan,” kata Tamas Varga penganalisis di PVM Oil.

“Kejatuhan dalam jumlah pelantar dan pengeluaran dalam data EIA menjadi pemangkin kepada pasaran ini dalam jangka pendek,” katanya.

Harga minyak kini masih merosot 14% tahun ini, dengan permintaan global masih gagal menyokong dan menyerap kenaikan pengeluaran dari US, Nigeria, Libya dan negara-negara lain seperti Brazil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat