MPI Meletus Bak Gunung Berapi di Bursa

311

Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI) muncul sebagai kaunter paling untung ketika sesi dagangan di Bursa Malaysia pagi tadi, apabila saham syarikat itu melonjak sebanyak RM2.04 atau 8.64% kepada RM25.64.

Lonjakan berkenaan didorong oleh pendapatan suku tahunan tertinggi sepanjang masa sebanyak RM55.3 juta yang dicatatkan oleh syarikat tersebut.

MPI mengisytiharkan dividen 10 sen sesaham yang akan dibayar pada 24 Disember kelak.

Pada pukul 11.40 pagi, saham MPI mengalami kenaikan pada paras RM25.56, naik sebanyak RM1.96 atau 8.31%. Kaunter saham syarikat itu juga menyaksikan 425,500 saham diniagakan.

Menurut penganalisis Kenanga Research, Samuel Tan dalam notanya hari ini, keuntungan bersih utama MPI untuk suku pertama berakhir 30 September 2021 (1QFY21) melebihi jangkaan pada RM55.3 juta iaitu 31% daripada anggaran tahun penuhnya.

“Kami meramalkan pendapatan syarikat itu akan terus meningkat susulan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan pembungkusan cip pengurusan kuasanya untuk pusat-pusat data dan komputer riba berikutan penggunaan pengkomputeran awan yang tinggi,” kata Tan.

Tambah Tan, beliau menjangkakan tempahan untuk modul pembungkusan frenkuensi radio ‘front-end’ (RFFE) akan meningkat berikutan penerapan rangkaian 5G pada telefon pintar, bersama-sama dengan langkah China untuk menyumbang komponen secara tempatan.

Beliau turut berpendapat bahawa usaha syarikat itu dalam modul tenaga silikon karbida (SiC) menawarkan prospek yang cerah memandangkan popularitinya yang semakin meningkat dalam kalangan pengeluar kenderaan elektrik (EV).

Tan mengekalkan saranan ‘outperform’ untuk saham syarikat terbabit dan mengemaskini harga sasarannya kepada RM29 daripada RM18.80 sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat