Nak Tahu 3 Sebab Pasaran Kripto Terseret Bawah? Baca Ulasan Ini

537

“Nampaknya pagi ini macam naik sikit, tapi tak tahulah tiba-tiba nak turun pula lepas ni.”

Harga ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) menyaksikan penurunan semula di bawah paras $27,500 apabila para pelabur semakin memberi perhatian terhadap isu rundingan siling hutang di Washington.

Walaupun Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen berkata Amerika Syarikat (AS) akan melanggar had hutang seawal 1 Jun sambil menambah default* boleh cetuskan kemelesetan, beberapa penganalisis percaya penyelesaian isu siling hutang dapat beri impak positif kepada BTC.

*Kegagalan untuk membuat pembayaran balik faedah atau pokok yang diperlukan ke atas hutang

Menurut Joe DiPasquale, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bitbull Capital menyatakan bahawa siling hutang yang dinaikkan dapat memberi petanda baik untuk aset berisiko seperti kripto susulan pelabur akan sedaya upaya menjana keuntungan.

Sementara pasaran kripto termasuk BTC turut mengalami kejatuhan apabila pemberi pinjaman aset digital Celsius yang muflis dilihat memindahkan sejumlah besar kripto manakala Lido pula membuka redemptions** untuk token stETH pada 16 Mei semalam.

**Pelabur diberi pilihan untuk “tebus” aset digital mereka sebagai pertukaran untuk hasil tunai

Selain itu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS yang menegaskan bahawa mereka tidak betanggungjawab untuk beri penjelasan mengenai token layak ditakrifkan sebagai sekuriti kepada Coinbase adalah salah satu sebab pasaran kripto tergelincir.

Rentetan itu, ramai pelabur berpandangan SEC mungkin tidak akan wujudkan rangka kerja undang-undang kripto yang tegas berbeza dengan undang-undang Mica, di mana ia baru sahaja diberi kebenaran oleh Majlis EU hari ini.

Selepas menjunam hingga $26,900, harga BTC kini melonjak sebanyak 0.70% pada paras $27,099 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $525 bilion tetapi masih mencatatkan penurunan 2.37% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat