Ini 4 Faktor Yang Sedang Sokong USD Untuk Kukuh!

733

Pengukuhan semula US dolar menolak jatuh dagangan mata wang utama selepas dipacu oleh peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Hasil bon 10 tahun melonjak kepada 3.57%, mencapai paras tertinggi dua minggu sebelum sedikit susut pada sesi Asia.

Dalam pada itu, US dolar turut mendapat sokongan daripada data jualan runcit Amerika Syarikat walaupun bacaan yang dikeluarkan agak tersasar berbanding jangkaan.

Jualan runcit meningkat 0.4% pada bulan April daripada kejatuhan 0.7% yang disemak semula pada Mac, dan sedikit meleset berbanding jangkaan untuk naik 0.8%.

Ini menunjukkan meskipun bacaan yang dicatatkan lebih rendah daripada jangkaan tetapi perbelanjaan pengguna meningkat pada bulan lepas.

Selain itu, kenyataan yang berbaur hawkish daripada pembuat dasar Federal Reserve (Fed) dilihat juga menyokong US dolar.

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester berkata beliau tidak fikir bahawa kenaikan kadar faedah perlu dihentikan lagi buat masa ini. Namun, ada empat minggu lagi untuk mesyuarat seterusnya, oleh itu Fed perlu melihat lebih banyak data.

Secara berasingan, rundingan mengenai siling hutang berakhir dengan harapan selepas Speaker Dewan Republikan Kevin McCarthy memberitahu bahawa ada kemungkinan untuk perjanjian dicapai akhir minggu ini.

Sementara itu, mata wang euro kembali didagangkan lebih rendah susulan penguncupan dalam data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW pada bulan Mei.

Mata wang pound juga merosot semula berikutan pengukuhan US dolar, selain turut terkesan oleh data pekerjaan UK yang lebih lemah pada bulan Mac.

Di samping itu, dolar Kanada sedikit susut susulan kenaikan pada sesi terdahulu ekoran data inflasi Kanada yang tanpa dijangka meningkat ke paras tertinggi sejak Jun 2022 kepada 4.4% pada April.

Dolar Aussie pula didagangkan lebih rendah, manakala dolar New Zealand bergerak mendatar berbanding greenback pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat