Nak Trade Forex Yang Efektif? 5 Tips Persoalan Untuk Traders!

4,100

Dahulu, trade forex dianggap sebagai satu peluang untuk meningkatkan pendapatan khusus untuk individu yang memiliki modal yang besar. Tetapi, pemikiran tersebut telah pun berubah.

Kini, hampir semua orang mampu untuk mula trading sendiri. Trader forex moden boleh menjana pendapatan melalui perbezaan kadar pertukaran matawang tanpa memerlukan risiko modal yang besar.

Justeru itu, ramai pendatang baru yang menceburkan diri dalam trading forex.

Persoalannya, bagaimana untuk mendapatkan trade forex yang berkesan? Jadi, kami kongsikan kepada anda 5 tips persoalan yang dapat dijadikan panduan!

1. Apa yang diperlukan untuk trade forex yang berjaya?

Prinsip utama dalam trade forex ialah untuk membeli matawang pada harga terendah dan menjualnya pada harga tertinggi serta memperolehi untung mengikut perbezaan kedua-duanya.

Anda perlu ingat bahawa Forex bukanlah satu permainan nasib atau ‘game of luck’ tetapi, sepatutnya dianggap sebagai pekerjaan yang serius. Jadi, traders dapat menggunakannya sebagai sumber pendapatan yang tetap.

2. Adakah ilmu kewangan itu penting?

Ramai yang beranggapan bahawa forex adalah satu proses yang kompleks. Mereka berpendapat bahawa menceburkan diri dalam forex tanpa sebarang ‘special education’ adalah tidak masuk akal.

Memiliki ilmu kewangan adalah satu nilai tambah buat trader namun, tidak bermaksud bahawa jika tiada ilmu tersebut, anda tidak berpeluang.

Kejayaan dalam trade forex tidak memerlukan anda untuk mengetahui serba serbi tentangnya, cukuplah sekadar memiliki ‘analytical mindset’ iaitu mampu untuk membuat kajian dan memahami faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar pertukaran serta asas dalam mengendalikan analisis teknikal dan fundamental.

3. Bagaimana untuk mendapatkan pengetahuan asas forex?

Kebanyakan syarikat broker akan menawarkan pelanggan mereka dengan bahan-bahan latihan seperti kursus, seminar dan informasi umum yang boleh didapati di internet.

Selain itu, anda juga memerlukan latihan yang menggunakan ‘demo account’ untuk beberapa bulan. Ini adalah satu peluang buat anda untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam bentuk praktikal tanpa sebarang risko kerugian.

Tingkatkan peluang untuk memahami prinsip forex, memilih strategi yang sesuai dan terbaik.

4. Platform apa yang digunakan?

‘Trading platform’ ialah satu medium yang diguna pakai untuk trade dan meletakkan orders. Pengetahuan tentang cara penggunaannya adalah penting kerana terdapat kesalahan remeh yang dilakukan seperti saiz kedudukan yang salah ‘stop’ dan ‘limit’ order yang diletakkan tidak betul.

5. Apa strategi yang diperlukan?

Lakukan ujian awal dan retrospektif terhadap strategi anda. Oleh itu, anda dapat menilai sejauh mana keberkesanannya.

Analisis retrospektif adalah latihan biasa tetapi sangat bermanfaat. Walau bagaimana pun, jika strategi tersebut berhasil bukanlah satu jaminan bahawa ianya akan berjaya pada masa akan datang.

Di samping itu, anda perlu mempraktikkan strategi yang telah dirancang dengan menggunakan ‘demo account’ selama beberapa bulan untuk mengelakkan penyesalan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat