Nigeria & Binance Sepakat Untuk Wujudkan Zon Ekonomi Mesra Kripto

124

Kerajaan Nigeria mengadakan mesyuarat awal bersama syarikat pertukaran kripto terbesar dunia, Binance demi mewujudkan zon ekonomi khas yang bertujuan untuk menyokong sektor kripto dan perniagaan berkaitan blockchain.

Menurut Pihak Berkuasa Zon Pemprosesan Eksport Nigeria (NEPZA), pihak berkuasa mengadakan perbincangan awal dengan Binance dan syarikat infrastruktur teknologi Talent City untuk membincangkan pembangunan bandar digital yang dicadangkan termasuklah dirujuk sebagai “Virtual Free Zone”.

Perbincangan tersebut dihadiri oleh pengarah urusan NEPZA Adesoji Adesugba, pengarah eksekutif Binance Nadeem Ladki, Ketua Pegawai Eksekutif Talent City Luqman Edu dan pengarah NEPZA Sikiru Lawai di Dubai.

Seterusnya, Adesugba menyatakan bahawa zon yang dibentuk bertujuan menyediakan undang-undang, peraturan dan insentif cukai mesra kripto akan dibuat di Afrika Barat dan zon maya Dubai.

Secara realiti, Nigeria memiliki kadar penggunaan mata wang kripto tertinggi di seluruh dunia dengan lebih 22 juta pemilik kripto dilaporkan.

Oleh demikian, zon tersebut bukan sahaja membantu membangunkan ekonomi digital Nigeria serta memperluaskan peluang pekerjaan untuk warga negara itu, malah matlamatnya adalah untuk melahirkan zon bebas maya dengan memanfaatkan ekonomi maya dalam blockchain, ujar Adesugba.

Tambahnya lagi, tindakan tersebut akan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan ekonomi Nigeria termasuklah visinya untuk terus meningkatkan penggunaan kripto di rantau Afrika Barat.

Intihanya, kerajaan Nigeria berusaha untuk meluaskan peluang ekonomi kepada rakyat selaras dengan mandat Pihak Berkuasa arahan Yang Berhormat Menteri serta agenda pembangunan ekonomi Presiden Muhammadu Buhari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat