Amaran Ribut! Korea Selatan Gantung Operasi Perniagaan Seluruh Benua

277

‘Walaupun Malaysia diperisai banyak negara harapnya ribut ni tak sampai ke kita.’

Kerajaan Korea Selatan mengeluarkan amaran ribut tahap tertinggi dengan Taufan Hinnamnor mengancam keselamatan benua tersebut sehingga memaksa penggantungan operasi perniagaan.

Ulas Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), angin kencang yang bercampur hujan lebat dijangka berlaku di seluruh negara sehingga Selasa dengan ombak tinggi diramal membadai persisiran pantai bersama ribut dan tsunami.

Selain itu, Presiden Yoon Suk-Yeol pula telah mengarahkan penutupan operasi serta mengarahkan pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk meminimumkan kerosakan akibat taufan.

Sedikit ringkasan mengenai Taufan Hinnamnor, ia bergerak pada kelajuan 53 meter per saat dan dikategorikan sebagai badai ‘terlalu kuat’ yang kini difahamkan telah mengakibatkan kerosakan di bandar Busan dan sedang menuju kepulauan Jeju.

Taufan Hinnamnor dikatakan sedang dalam carta pergerakan menuju Sapporo di Jepun sambil melalui bandar seperti Gwangju, Busan, Daegu dan Ulsan di benua Korea Selatan.

Rentetan daripada itu, beberapa syarikat utama Korea Selatan seperti Hyundai Heavy Industries, Daewon Shinbuilding & Marine Engineering termasuk Samsung dan LG Electronic akan menggantungkan operasi perniagaan mereka untuk beberapa hari.

Turut terkesan Korean Air Lines dan Asiana Airlines akan menghentikan sebarang penerbangan ekoran lapangan terbang ditutup atas faktor keselamatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat