Oh, Patutlah EUR/JPY Pamer Kenaikan Harga Di Awal Minggu

174

Sentimen pasaran dilihat menuju ke arah pemulihan daripada risiko sebelum ini, membuatkan pergerakan nilai mata wang safe-haven mula menyusut semula lebih-lebih lagi US dolar yang telah pamerkan prestasi suram sejak minggu lalu.

Yen antara yang menunjukkan penyusutan nilainya pada pembukaan pasaran awal minggu pada Isnin semalam.

Sementara, mata wang dengan prestasi cemerlang di awal minggu ini adalah Euro selepas mendapat suntikan daripada petunjuk hawkish oleh bank pusat Eropah (ECB) untuk jangkaan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbaru.

Menghadam faktor-faktor berikut memberi petunjuk untuk arah pergerakan harga semasa pada carta pasangan mata wang EUR/JPY.

Jika diteliti carta yang menjadi antara kegemaran pelabur ini, harga telah menunjukkan kenaikan di awal minggu menguji kembali zon rintangan pada 136.600.

Zon tersebut turut diuji pada minggu lalu namun harga gagal menembusinya sebelum berlaku penurunan harga semula.

Namun pada minggu ini, berkemungkinan zon tersebut akan ditembusi sekiranya harga berjaya mengekalkan corak kenaikan yang dipaparkan dengan sokongan faktor-faktor semasa.

Di samping itu, harga juga masih memberikan isyarat untuk pergerakan bullish apabila kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY.

Jika kenaikan harga berjaya melepasi 136.600, sasaran rintangan berikutnya yang bakal diuji adalah pada paras sekitar 138.300, zon ketinggian yang dicapai pada dagangan awal Mei.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan harga dilihat bakal menuju ke zon tumpuan 140.00 selepas harga capai paras tersebut pada April lalu dan merekodkan paras tertinggi sejak Jun 2015.

Sementara, jika harga menunjukkan corak penurunan semula setelah zon 136.600 tetap gagal ditembusi, penurunan harga dilihat akan menuju ke zon 133.500 untuk menguji zon support tersebut.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut pula dilihat akan menuju pula ke zon tumpuan sekitar 131.600 hingga 130.700.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat