OPEC Akan Menandatangani Perjanjian Bagi Membekukan Bekalan Minyak “Secara Paksa”!

55

Niaga minyak mentah terjun pada Khamis selepas laporan inventori rasmi menunjukkan peningkatan yang lebih besar terhadap jumlah inventori minyak mentah AS.

Inventori minyak mentah di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 5.3 juta tong pada minggu yang berakhir 11 November berbanding dengan jangkaan peningkatan sebanyak 1.5 juta tong.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, peningkatan jumlah inventori ini adalah disebabkan oleh kenaikan jumlah import sebanyak 910,000 tong sehari.

Harga WTI mentah dan minyak brent juga mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 10 sen dan 11 sen.

Harga minyak mentah bergelut ke paras terendah apabila EIA sebelum ini menyatakan kenaikan terhadap stok komoditi hitam ini.

Sementara itu, menurut Presiden Venezuela Nicolas Maduro, OPEC dikatakan telah bersedia untuk mencapai persetujuan “secara paksa” untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah. Ahli-ahli OPEC dijadual akan bertemu pada 30 November nanti bagi memuktamadkan kemelut yang melanda pasaran tersebut.

Dalam pada itu, Rusia juga telah menyatakan kesediaannya untuk menyokong keputusan OPEC. Menteri Tenaga Russia berkata demikian sambil menambah bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih bagi menyokong perjanjian tersebut di Doha pada minggu ini.

Walaupun keyakinan tersebut semakin menguasai pasaran, jumlah pengeluaran yang semakin meningkat dikatakan masih menghantui komoditi terbabit.

Hukum Trade Binary Options. Halal Atau Haram? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat