Opps! Bukan DOGE Tapi Shiba Inu (SHIB) Melonjak Lebih Tinggi!

673

Pengasas Tesla, Elon Musk seperti biasa ‘mengusik’ Dogecoin (DOGE) dengan kicauan di laman Twitter, menyebabkan harga aset itu melonjak melepasi $0.06 sekali lagi.

Namun, berbeza pula kali ini selain Dogecoin, satu lagi aset kripto turut bangkit susulan daripada beberapa tweet yang dimuatnaik semalam.

Pada malam tadi, matawang kripto Shiba Inu (SHIB) telah melonjak 300% selepas Musk mendakwa mahu mendapatkan Shiba Inu, “I’m getting a Shiba Inu #resistanceisfutile”.

Berbeza pula DOGE hanya meningkat 4.6% dalam 24 jam.

Dikatakan tweet Musk merujuk kepada hasratnya mahu membeli anjing itu sebagai haiwan peliharaannya di rumah. Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada beliau sengaja mahu melonjakkan harga DOGE atau membeli haiwan peliharaan.

Sebelum ini jutawan itu pernah mendakwa memiliki seekor anjing besar bernama Gatsby, anjing kecil, Marvin the Martian dan seekor kucing, Schrödinger.

Ketika penulisan, Shiba Inu (SHIB) didagangkan pada $0.00000008 satu rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, melonjak 282.52% dalam 24 jam. Manakala, DOGE bernilai $0.058, susut 2.83% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat