‘Lebih 100 Firma Berpindah Dari Ethereum Ke Cardano’ – Pengasas Cardano

964

Dalam temu ramah bersama Bloomberg, pengasas IOHK dan CEO Charles Hoskinson mendedahkan lebih 100 firma dalam proses berpindah ke Cardano daripada Ethereum.

Bagaimanapun, ia akan berlaku jika fasa terakhir kemaskini ekosistem itu sudah ‘matang’.

Setakat ini, yang menunjukkan kesungguhan untuk berpindah ke Cardano ialah firma teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI), SingularityNET.

Menurut Hoskinson, blockchain Cardano buat masa ini jauh lebih efisien berbanding blockchain lain yang mendahuluinya dengan kenyataan: “Anda boleh membawa DeFi anda dan jalankannya di atas sistem saya pada kos 1/100 hingga 1/1000.”

Pada masa yang sama, pengasas Cardano itu juga turut menyelar pertukaran desentralisasi (DEX) terbesar, Uniswap dan permainan maya yang dibangunkan di Ethereum, CrytpoKitties:

“Saya tidak pedulikan Uniswap, CryptoKitties dan yang lain. Mereka adalah bubble yang akan membesar dan pecah.”

Namun, timbul tanggapan sebaliknya berkaitan Cardano apabila Nic Carter dari Coin Metrics mempersoalkan penggunaan blockchain itu, “Saya tak sedar sebarang aplikasi popular telah dibangunkan di Cardano, dan saya juga tak nampak semangat dalam kalangan pembangun terhadap platform itu.”

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.06 setelah susut 2.05% dalam 24 jam. Manakala, nilai pasarannya mencecah $33.9 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat