Apa Isu Utama Yang Perlu Diperhatikan Trader Minggu Ini?

735

US dolar mengurangkan keuntungannya susulan kemerosotan hasil perbendaharaan AS 10 tahun dari paras ketinggian terbaru satu tahun pada pembukaan sesi Asia. Turun naik dalam pasaran bon dijangka akan terus memacu pergerakan matawang pada minggu ini.

Penanda aras hasil bon AS 10 tahun mencecah tahap tertinggi satu tahun di sekitar 1.645% pada hari Jumaat, sebelum susut pada 1.610% ketika pembukaan sesi Asia hari ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan sedikit susut di sekitar 91.58.

Matawang euro didagangkan stabil menyusuli penyusutan US dolar, sementara safe-haven yen pula lemah berikutan pengukuhan hasil bon AS yang tinggi.

Tumpuan utama pasaran kini tertumpu pada mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis yang dijangka bakal menyaksikan kadar faedah dibiarkan tidak berubah pada paras hampir sifar.

Pelabur akan menumpukan kepada kenyataan susulan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell untuk mencari petunjuk jelas terhadap kenaikan hasil semasa di tengah jangkaan inflasi yang semakin meningkat.

Fed juga akan memberikan kemas kini terbaru mengenai prospek ekonominya yang kemungkinan akan mencerminkan pertumbuhan yang lebih cepat dan tekanan inflasi sementara, tetapi pasaran buruh masih di bawah tahap pra-pandemik.

Sementara itu, matawang pound didagangkan meningkat dengan perhatian pasaran turut terarah kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang juga akan berlangsung pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat