Pandangan Martin Weale Dilihat Berbeza Dari Kebanyakan Penggubal Dasar Bank of England yang Lain. Baca Ulasan Beliau!

44

AUD melemah selepas mesyuarat Julai RBA mencadangkan pelonggaran dasar.

AUD/USD didagangkan pada 0.7528, menurun sebanyak 0.83%, dan USD/JPY jatuh sebanyak 0.23% kepada 105.92. Dalam masa yang sama, GBP/USD menjunam sebanyak 0.23% kepada 1.3226.

Sementara itu, Indeks US Dollar yang mengukur kekuatan mata wang Amerika Syarikat melalui 6 mata wang utama berada pada nilai 96.56

Pound meningkat kepada paras tertinggi selepas penggubal dasar BoE, Martin Weale berkata tidak pasti sama ada akan menyokong penurunan kadar faedah atau tidak. Dalam mesyuarat yang dijadualkan pada bulan Ogos oleh bank pusat itu, Weale berkata, dia perlu meneliti kesan undian UK untuk meninggalkan Kesatuan Eropah sebelum membuat apa-apa keputusan.

Sebaliknya bagi tahun 2008, dia tidak menjangkakan sebarang panik melanda pengguna atau pun perniagaan kerana tiada signal panik ditunjukkan dalam ekonomi.

Pandangan Weale ini dilihat berbeza dari kebanyakan penggubal dasar BoE yang lain.

Pun begitu, dalam mesyuarat Julai BoE yang lepas memberi gambaran jelas bahawa akan ada pelonggaran monetary policy berikutan impak negatif daripada Brexit bulan depan. Amat mengejutkan apabila BoE mengekalkan kadar faedah kepada 0.5%.

Pada Jumaat lepas, Ketua Ekonomi BoE, Andrew Haldane berkata, bank perlu bertindak segera dalam meningkatkan keyakinan dan menguatkan dasar ekonomi.

Namun begitu, dasar kewangan (monetary easing) tidak semestinya hanya meliputi pengurangan kadar. Sebaliknya, BoE boleh melonggarkan dasar kuantitatif atau menjalankan langkah baru dalam menggalakkan pinjaman.

Yen juga mencatatkan kenaikan pada Isnin lalu, selepas cubaan rampasan kuasa oleh tentera Turki digagalkan. Kebanyakan pelabur turut membeli aset-aset sejurus kegagalan rampasan kuasa itu dilaporkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat