Parah! Harga Emas Perlahan-Lahan Terus Jatuh

37,214

Harga emas jatuh sebanyak 1% pada hari Jumaat dan dalam fasa menuju kepada penurunan mingguan terbesar sejak pertengahan Mac berikutan petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah yang pantas daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarika dan turut mendorong pengukuhan US dolar kenaikan dalam hasil Perbendaharaan.

Harga emas pada dagangan spot jatuh 0.5% kepada $1,942.39 seauns selepas mencecah paras terendah dalam 2 minggu. Harga emas telah turun 1.7% untuk minggu ini setakat ini. Pasaran niaga hadapan emas A.S pula jatuh 0.2% kepada $1,944.40 setiap auns.

Menurut penganalisis kanan Kitco, Jim Wycoff, logam safe have memerlukan satu percikan fundamental untuk mengimbangi kebimbangan para pelabur dan pedagang. Kemorosotan yang dilihat telah mengundang para pemain pasaran untuk melakukan jualan.

Pengerusi Fed Jerome Powell berkata pada hari Khamis bahawa hampir pasti kadar faedah akan di naikkan 50 mata di mesyuarat bank pusat pada bulan Mei.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun A.S. menambah lagi keuntungan dengan didorong oleh nada hawkish Fed. The Fed telah memilih untuk menaikkan kadar faedah bagi menghambat kenaikan inflasi yang terus memuncak. Sementara itu, Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan hampir ke paras tertinggi sejak Mac iaitu pada paras dagangan 101.180.

Disisi lain, pasaran masih khuatirkan ketidaktentuan yang berlaku di Ukraine. Menurut Wycoff, para pelabur masih khuatir dan ini tercermin pada pasaran saham yang goyah. Perang Rusia-Ukrain telah mendorong kenaikan harga dalam pasaran logam.

“Emas mungkin didagangkan dalam julat $1,900 hingga $1,950 seauns dalam jangka sederhana,” kata Rupert Rowling, penganalisis pasaran di Kinesis Money

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat