Pasaran Komoditi Hitam Semakin Menunjukkan Tanda-Tanda Pemulihan

47

Harga minyak menyusut dalam dagangan pada Isnin sementara pelabur menanti keputusan terkini bekalan minyak mentah daripada IEA.

Di New York Merchantile Exchange, harga minyak jatuh 0.92% kepada $49.35 setong. Di ICE London, Minyak Brent mentah turut jatuh 0.87% setong.

Agensi Tenaga Antarabangsa akan mengeluarkan laporan bulan terhadap bekalan minyak global pada hari Selasa.

Minggu lepas, minyak jatuh semula pada Jumaat, namun masih mencatat keuntungan selepas meningkat pada awal minggu. Hal ini berikutan perancangan OPEC dan pengeluar utama yang telah memutuskan untuk memotong bekalan minyak mentah bagi mengatasi masalah lebihan output global.

Mereka mencapai persetujuan untuk menghadkan pengeluaran kepada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari.

Pun begitu, kebanyakan penganalisis pasaran masih skeptikal mengenai bagaimana pelan tersebut akan dilaksanakan.

OPEC juga dikatakan merancang pertemuan tidak rasmi dengan pengeluar utama minyak mentah di Istanbul bagi membincangkan langkah yang perlu diambil pada 9 hingga 13 Oktober ini.

Anggota OPEC bagaimanapun tidak akan memuktamadkan butiran perjanjian itu sehingga mesyuarat rasmi OPEC yang akan diadakan di Vienna pada 30 November.

Dalam pada itu, peserta pasaran dijangka akan terus memberi tumpuan kepada data simpanan minyak yang dijangka akan menunjukkan tanda pemulihan yang berterusan dalam aktiviti penggerudian komoditi hitam.

Dapatkan analisa mingguan dari 10-14 Oktober oleh Team Analisa Moshed.com di sini! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat