Pasaran Kripto ‘Crash’ Pada Awal 2024, Apa Jangkaan Senario Seterusnya?

1,751

“Itu jangkaan dia, apa pula ramalan korang pula?”

Pasaran mata wang kripto yang dilanda pendakian besar telah jatuh semula apabila firma aset digital terkemuka Matrixport menunjukkan ETF difailkan yang tidak mempunyai keperluan kritikal mampu menyebabkan kelulusan spot BTC ETF ditolak sehingga suku kedua 2024.

Ditambah pula pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler enggan menerima kripto di Amerika Syarikat (AS), jadi beliau mungkin memerlukan masa agak lama bagi mengundi untuk meluluskan spot BTC ETF.

Sekiranya kelulusan ETF gagal, Matrixport berkata pasaran kripto yang menghadapi crash dapat menghapuskan $5.1 bilion dalam jangka panjang dan ini membawa makna harga BTC mampu turun 20% untuk ke $38,000 atau $36,000.

Baru-baru ini semasa harga BTC terjun daripada $45,308 kepada $41,454, hampir $600 juta dalam positions telah liquidated manakala jumlah semua positions open merekodkan kemerosotan daripada $18.66 bilion kepada $17.72 bilion.

Bukan itu sahaja, anggaran nisbah leverage yang merupakan bursa open interest dibahagikan dengan rizab coins mereka juga menyaksikan penurunan drastik disebabkan oleh pasaran kripto yang tiba-tiba crash pada 3 Januari 2024.

Dilaporkan, terdapat 33.15% pelabur yang membeli BTC sepanjang tahun lalu adalah dalam keuntungan tetapi sekiranya pelabur tersebut memutuskan untuk book profits maka ia boleh mencetuskan satu lagi crash.

Oleh demikian, crash itu hanya boleh menjadi permulaan susulan jika kelulusan spot BTC ETF ditunda sehingga suku kedua 2024, BTC boleh mengulangi kitaran serupa seperti tahun 2019 di mana ia mampu melakukan correction yang agak curam.

Memang tidak dinafikan sasaran Matrixport untuk rejection BTC adalah kira-kira $36,000 hingga $38,000, tetapi senario mengerikan boleh melihat BTC turun ke paras $30,000 ataupun lebih bawah lagi pada $24,800.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat