Pasaran Matawang Dan Komoditi Dalam Dagangan Asia – Harga Minyak Hampir $70 Setong

92

Pasaran Matawang

Matawang Aussie jatuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.7855. USD/JPY kekal stabil pada 112.75 setakat jam 09.50 a.m

Kejatauhan matawang Aussie disebabkan data imbangan dagangan yang mengecewakan. Imbangan dagangan Australia mencatat defisit yang tinggi berbanding jangkaan penganalisis iaitu pada A$628 juta berbanding jangkaan A$550 juta.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh 0.02% kepada 91.58 setakat jam 09.50 a.m

Pelabur kini memberi tumpuan pada pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan malam ini.

Pasaran Komoditi

Harga minyak bercampur dalam sesi dagangan Asia apabila minyak mentah WIT mencatat kejatuhan sedikit sebanyak 0.05% kepada $61.98, manakala Brent mencatat peningkatan sebanyak 0.07% kepada $68.05 setakat jam 09.50 a.m

Kejatuhan ini didorong oleh sikap pelabur yang menjangkakan peningkatan dalam bilangan loji minyak bagi data yang akan dikeluarkan nanti.

Semalaman, inventori minyak mentah US jatuh sebanyak 7.4 juta tong bagi minggu berakhir pada 29 Disember.

Harga emas mencatat peningkatan dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat berikutan jangkaan pelabur terhadap data NFP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat