Pembayaran Bursa Kripto Disekat Oleh Bank Terbesar Australia!

356

“Bank Australia ni bertindak sebegini sebab pasaran kripto banyak masalah ke?”

Sebagai sebahagian daripada langkah anti-penipuan, Commonwealth Bank of Australia (CBA) iaitu bank terbesar di negara tersebut dilaporkan bakal menyekat beberapa pembayaran terhadap bursa mata wang kripto yang tertentu sahaja.

Selain itu, CBA turut akan mengehadkan pembayaran selama 24 jam dan memperkenalkan had pemindahan bulanan sebanyak $10,000 terhadap bursa kripto, bagaimanapun mereka enggan menyatakan sama ada langkah itu digunakan untuk semua syarikat atau yang terpilih.

Menurut James Roberts, pengurus besar perkhidmatan pengurusan penipuan CBA berkata bahawa para pelanggan yang buat pembayaran kepada bursa kripto pada masa ini akan menghadapi risiko tinggi untuk ditipu.

Pada bulan lalu, Westpac turut melaksanakan tindakan serupa apabila menyekat beberapa pembayaran kripto bagi mengurangkan kerugian dalam penipuan.

Umum mengetahui keputusan itu telah dibuat selepas Binance Australia memaklumkan bahawa pelanggannya akan kehilangan akses kepada deposit dan pengeluaran dolar Australia susulan penyedia pembayaran Cuscal memotong aksesnya.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja menyaman bursa kripto Binance atas kesalahan melanggar undang-undang sekuriti negara malah turut mendakwa Coinbase.

Rentetan itu, pelabur meluahkan kembimbangannya dalam menentukan adakah pasaran kripto akan bangun semula ataupun tidak selepas pengawal selia AS sejak kebelakangan ini bertindak agresif terhadap aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat