Pemulihan Ekonomi UK Bakal Tergendala, GBP/USD Mula Susut

378

Berbeza berbanding mata wang Euro, walaupun US dolar bergerak lemah semalam, mata wang Pound Sterling gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat malah susut lebih rendah sehingga penghujung sesi New York.

Ini adalah disebabkan kebimbangan kerencataan ekonomi UK yang sepatutnya beroperasi sepenuhnya pada 21 Jun ini berikutan varian Covid-19 Delta yang baru di UK dipercayai 60% lebih tinggi kadar penyebaran berbanding Alpha sebelum ini.

UK melaporkan lebih 7,500 kes dalam tempoh 24 jam, kadar peningkatan kes harian tertinggi sejak 17 Februari.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam dilihat gagal meneruskan kenaikan untuk menguji semula paras rintangan pada 1.4200 sebelum penurunan lebih ketara dipamerkan pada sesi New York semalam.

Harga telah kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang memberi tanda awal kepada para pelabur untuk penurunan lebih rendah.

Harga turun hampir ke paras 1.41000 yang merupakan zon sokongan buat harga sebelum ini. Zon tersebut telah berjaya menyokong harga membuat kenaikan semula pada 3 minggu dagangan berturut-turut.

Namun jika harga turun lebih rendah melepasi zon tersebut, paras sokongan pada 1.4000 akan menjadi tumpuan harga yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Sekiranya harga kembali membuat kenaikan pula, zon rintangan 1.42000 akan terus diuji semula sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Paras sasaran kenaikan seterusnya dilihat pada ketinggian sekitar 1.43000 yang dilihat sebagai zon rintangan yang diuji pada dagangan April 2018.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat