Pengganti Boris Johnson Akan Diketahui Pada 5 September Ini!

217

‘Nak apply jugakkah jawatan ni.’

Pengerusi jawatankuasa Parti Konservatif 1922, Graham Brady mengumumkan bahawa Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), yang akan menggantikan Boris Johnson bakal diumumkan pada 5 September 2022.

Perkara ini dilaporkan badan kepimpinan Parti Konservatif (juga dikenali sebagai ‘Tory’) selepas peletakan jawatan Johnson pada 7 Julai 2022 selepas mendapat desakan oleh menteri kabinet dan pegawai rendah kerajaan lain yang berprotes.

Menurut sumber, jawatankuasa 1922 yang mengendalikan pertandingan kepimpinan Tory memutuskan bahawa calon perlu mendapat sokongan 20 ahli Parlimen (MP) apabila pencalonan dibuka dan ditutup pada hari Selasa.

Pusingan pertama pengundian di kalangan MP Tory akan diadakan pada Rabu dan calon perlu menerima 30 undian bagi memasuki ke pusingan ke-2 pada Khamis.

Kemudian, bilangan calon  akan dikurangkan kepada 2 sebelum MP berehat untuk percutian musim panas pada 21 Julai.

Di peringkat akhir, 2 calon akan melalui undian pos semua ahli Konservatif berjumlah sekitar 200,00 sepanjang musim panas dan pemenang akan menjadi pemimpin Tory serta Perdana Menteri UK seterusnya.

Buat masa ini terdapat 11 calon yang bertanding antaranya;

  • Penny Mordaunt, Menteri Perdagangan Anarabangsa.
  • Liz Truss, Setiausaha Luar.
  • Rishi Sunak, bekas Canselor Perbendaharaan.
  • Sajid Javid, bekas Setiausaha Kesihatan.

Antara manifesto yang dibentangkan oleh calon adalah untuk mengurangkan cukai termasuk cukai syarikat dan cukai pendapatan yang menjadi bebanan ekoran kos sara hidup yang meningkat.

Ulas Brady, undian tersebut akan dijalankan dengan penuh tertib dan cermat sementara pegumuman akhir akan dibuat pada 5 September.

Setakat ini, Johnson akan terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga pemimpin baharu menggantikannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat