Penurunan AUD/USD Di Sesi Asia Akan Berterusan?

273

Pada dagangan Selasa, mata wang komoditi dilihat bergerak lemah di sesi Asia sementara US dolar pamerkan pengukuhan didorong oleh kenaikan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Selepas penurunan minggu lalu, hasil perbendaharaan AS kembali meningkat dan semakin menghampiri semula ke paras 1.70%.

Dolar Australia susut lebih rendah apabila data ekonomi China yang merupakan rakan dagang utamanya gagal paparkan bacaan yang memberangsangkan yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini.

Sementara tumpuan pada data inflasi AS untuk dagangan US dolar, pelabur juga berwaspada menjelang laporan data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada Rabu untuk pergerakan dolar Aussie.

Pergerakan harga pada carta pasangan AUD/USD pagi ini dilihat pamerkan penurunan setelah kenaikan pada awal sesi menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Penurunan harga walau bagaimanapun perlahan di sekitar paras 0.76000 yang menjadi paras sokongan buat harga sejak minggu lalu.

Jika penurunan lebih rendah diteruskan, zon support di atas paras 0.75300 dilihat menjadi paras tumpuan dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Namun, sekiranya harga berjaya pamerkan lonjakan semula, zon rintangan di atas paras 0.76500 dilihat akan menjadi zon harga yang perlu diuji.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan mensasarkan paras ketinggian pada 0.77500 yang menjadi rintangan pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat